
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu pastinya ingin melakukan yang terbaik untuk kehidupan mereka meskipun mempunyai kekurangan diri.
Namun mereka menjadikan kekurangan diri sebagai motivasi dan pembakar semangat untuk sentiasa berusaha dalam mencari rezeki yang halal.
Kegigihan mereka dalam mencari rezeki adakalanya membuatkan orang ramai melihatnya berasa sebak.
Pakcik gigih jual tisu di jalan raih perhatian ramai
Perkara sama turut dirasai oleh orang ramai baru-baru ini apabila melihat seorang pakcik yang gigih menjual di jalanan untuk mencari rezeki yang halal dan diberkati.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Storie.my di TikTok, awalnya kelihatan pakcik berkenaan membawa satu bakul kecil yang dipercayai diisi dengan dengan tisu basah dan kering, sabun dan minyak wangi.
Dalam video itu kelihatan dia telah ditemubual oleh seorang individu yang bertanya mengenai jualannya.
Ada masalah penglihatan dan sukar melihat
Menurut pakcik berkenaan, dia sering berada di kawasan berkenaan pada waktu pagi dan petang untuk membuat jualan.
Jelas pakcik itu, dia mempunyai masalah penglihatan yang kurang jelas kerana disebabkan keadaannya yang separuh buta.
Matanya hanya dapat melihat sekiranya dia dapat melihat sesuatu objek secara dekat.
Meskipun mempunyai masalah penglihatan namun dia boleh mengetahui setiap barangan yang dijual memandangkan telah memegangnya pada setiap hari dan tidak menganggap kekurangan dimiliki sebagai penghalang.
“Kita tak anggap kecacatan itu sebagai penghalang untuk saya cari rezeki. Saya kerja kuat. Saya mempunyai adik-beradik yang sama macam saya (albino),” ujarnya.
Travel dari Kedah hingga ke Pulau Pinang untu berjual
Menurut pakcik berkenaan dia datang ke kawasan tersebut menaiki bas dari Kedah sehingga ke Pulau Pinang.
Ketika ditanya adakah dia akan pulang apabila barangannya habis dijual? Pakcik itu mengatakan ia bergantung kerana ada masa ia tidak habis dijual.
Lelaki yang menemubual pakcik itu kemudian memaklumkan dia ingin membeli kesemua barangan yang dijualnya, kelihatan dia begitu terkejut dan tidak sangka dengan niat murni individu itu.
Malah dia turut bergurau jika lelaki itu membeli semua barangan tersebut maka dia terpaksa pulang lebih awal kerana tiada lagi barangan yang perlu dijual.
Lelaki beli semua barangan dijual pakcik berkenaan
Lelaki itu kemudiannya memberikan duit kertas dipercayai RM50 namun tidak diketahui berapa helaiannya kepada pakcik terbabit.
Individu berkenaan juga hanya mengambil satu tisu basah dan meminta barangan lain disimpan oleh pakcik itu.
“Kami hanya boleh mendapat RM50 satu hari dan itu pun sudah cukup,” katanya.
Ada adik-beradik albino yang lain
Jelasnya pakcik itu, ibu bapanya merupakan petani dan dia mempunyai adik-beradik yang juga albino iaitu dua orang perempuan dan seorang lelaki.
“Kami orang miskin pada ketika itu, ibu saya cakap cuba berdikari sebaik yang boleh. Kami hanya cuba yang terbaik.”
Di akhir video kelihatan lelaki itu menghantar pakcik berkenaan untuk pulang ke rumahnya dengan menaiki bas.
Pakcik tersebut turut berpesan kepada orang ramai untuk tidak menjadikan kekurangan sebagai penghalang untuk gembira.
Pakcik itu turut mengakui meskipun dia tidak dapat bergerak pantas seperti orang lain yang normal namun dia boleh melakukannya.
Apa itu albino?
Secara ringkasnya mereka yang lahir secara semula jadi sebagai albino atau albinisme mempunyai masalah kekurangan melanin pigmen di dalam badan yang menentukan warna kulit, rambut, mata seseorang.
Kebanyakan mereka yang menghidap masalah ini begitu sensitif terhadap cahaya matahari serta boleh meningkatkan risiko kanser kulit.
Memetik laporan Hello Doktor, walaupun tidak ada ubat untuk Albinisme, orang dengan gangguan ini boleh mengambil langkah untuk melindungi kulit mereka dan memaksimumkan penglihatan mereka.
He can’t see like others, but the light in his heart guides him forward ✨🚶🏽♂️➡️ #storie #malaysia #penang
Ramai sebak lihat kegigihan pakcik cari rezeki
Melihat di ruangan komen ramai yang sebak melihat kegigihan pakcik itu kerana sentiasa berusaha untuk mencari rezeki buat dirinya.
Ada juga yang mengatakan pakcik berkenaan kelihatan gembira apabila ada yang sudi membeli barangan yang dijualnya.
Tidak kurang ada yang menjadikan pakcik itu sebagai contoh untuk terus berusaha kerana dalam kesusahan yang dihadapi pakcik itu langsung tidak merungut.
Ada juga seorang individu yang dipercayai ahli keluarga pakcik berkenaan memaklumkan dia tidak pernah merasakan diri mempunyai kekurangan.
“Ni pakcik isteri saya. Dia memang rajin kerja. Dia tak pernah rasa diri dia kekurangan. Adik-adik dia pun kerja. Adik dia selalu datang rumah mentua saya, yang penting dia orang adik-beradik sedap menyanyi”

“Sakitnya hati tengok diri sendiri yang tak reti bersyukur kadang, cukup sifat tapi belum sempurna”

“Bersihnya pakcik, muka pakaian dia. Semoga sentiasa di bawah lindunganNya pakcik”

“Pakcik ni buat aku menangis lah. Kita yang cukup anggota ni pun sibuk nak depression, anxiety bagai sedangkan dia enjoy hidup tak ada batasan. Ni lah orang yang bersyukur, rasa cukup sentiasa”

