Ramai Sokong Lelaki Non-Muslim Nak Bagi Makanan Pada Jiran Berpuasa, Siap Pesan Guna Barangan Halal

27 Feb 2026 • 12:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui apabila tiba sahaja Ramadan setiap umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Malah perkara ini diketahui di seluruh dunia kerana setiap negara mempunyai masyarakat menganuti agama Islam.

Oleh itu, ramai individu non-muslim yang cuba untuk memahami apakah yang dimaksudkan berpuasa selain menghormatinya.

Tidak kurang juga, ada juga non-muslim yang baik hati apabila berkongsi juadah berbuka bersama jiran, atau rakan yang sedang berpuasa.

Apa yang lebih menyentuh hati, mereka juga turut memastikan setiap bahan yang digunakan adalah halal dan bersih untuk diberikan kepada umat Islam. Tanda ingatan dan prihatin terhadap halal itu adalah sesuatu yang besar maknanya.

Lelaki non-muslim berhasrat nak bagi jiran berpuasa makanan

Baru-baru ini, seorang lelaki non-muslim dipercayai warga Amerika Syarikat telah berkongsi niat baiknya untuk memberi makanan sahur kepada jiran yang beragama Islam.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh Brooklyngrits di Threads, dia memaklumkan salah seorang jirannya sedang berpuasa dan dia berhasrat untuk membuat muffin kurma bersama kacang yang mempunyai protein yang tinggi bagi makanan sahur.

Dia kemudian bertanya kepada orang ramai adakah idea itu baik atau sebaliknya.

Soalan Brooklyngrits, kemudiannya mendapat perhatian ramai apabila ramai mengatakan ia adalah satu idea yang baik.

Ramai beri cadangan pastikan ia halal dan pastinya ia adalah idea yang baik untuk memberi

Malah apa yang lebih mencuri perhatian apabila ramai yang turut tampil memberikan cadangan agar dia menggunakan bahan dari sumber halal untuk diberikan kepada jiran terbabit.

Bukan hanya itu ada juga mengatakan sebagai orang muslim mereka sangat berterima kasih dengan kebaikan yang dilakukan oleh Brooklyngrits kepada jirannnya.

Bahkan ada yang berkongsi pengalaman mempunyai jiran muslim yang begitu baik hati dan sering berkongsi makanan.

Ada juga yang bergurau dengan mengatakan adakah itu taktik Brooklyngrits untuk mendapatkan jemputan untuk makan berbuka puasa di rumah jiran berkenaan.

Brooklynsgrits kemudian memaklumkan dia pernah berbuka puasa bersama jiran terbabit pada tahun lalu dan membawa kek pistachio sebagai pencuci mulut.

Malah pada tahun lalu juga dia telah berkunjung ke rumah jiran berkenaan untuk makan malam sempena Hari Raya dan menurutnya ia adalah perayaan yang menyeronokkan.

Cakna mengenai bahan halal, turut maklumkan jenis bahan digunakan

Prihatin dengan segala cadangan diberikan orang ramai seperti perlu memastikan ia halal, Brookylngrits kemudian memaklumkan dia akan memastikan untuk memakai barangan yang halal atau berasaskan tumbuh-tumbuhan.

“Baiklah semua. Terima kasih untuk tips bagi memastikan ia (muffin) halal. Saya akan tukarkan kepada pes biji vanila (tiada alkohol) untuk ekstrak. Tenusu disahkan halal. Kurma pula dari Tunisia. Selain itu semuanya berasaskan tumbuh-tumbuhan, jadi saya rasa semuanya baik,” ujar lelaki itu.

View on Threads

Siap kongsi resepi buat muffin yang diberikan kepada jiran

Malah Brooklyngrits turut berkongsi resipi muffin tersebut dan memaklumkan beberapa bahan mungkin boleh diubah di masa akan datang. Dia juga menyifatkan rasa muffin tersebut sedap meskipun mengharapkan rupanya sedikit gelap.

“Saya gembira memaklumkan muffin itu telah diterima oleh jiran, dan saya diberitahu baunya sedap. Kepada semua yang meninggalkan komen, saya harap anda mempunyai hari yang indah dan mari tunjukkan kepada dunia kuasa kebaikan dan kasih sayang antara satu sama lain.”

Berikut adalah komen netizen:

“Muslim di sini. Kami tidak memilih asalkan ia halal serta bahan anti- Israel.”

image is not available

“Ia adalah yang baik. Cuma anda mungkin akan mendapat jemputan untuk Hari Raya dan diminta menikmati makanan yang sedap”

image is not available

“Seseorang sedang cuba mendapatkan jemputan iftar dan saya tak marah pada plan ini . Saya cuba mendapatkan jemputan sama untuk diri sendiri. Awak jiran yang baik”

image is not available

“Yes dan sekiranya mereka tak mahu, tolong terbangkan muffin itu kepada saya di Malaysia”

image is not available

“Jika anda nak mati kerana menerima terlalu banyak makanan sebagai hadiah? Teruskan..”

image is not available

“Satu kebaikan yang kecil, tetapi syurga sedang tersenyum”

image is not available