“Ramai Sudah Saksikan Kesukaran Saya Dalam Industri..” – Menang AJL39 Umpama Hadiah 20 Tahun Marsha Bergelar Penyanyi

EntertainmentMusic
17 Feb 2025 • 10:36 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, lagu Hening Rindu yang dipopularkan oleh penyanyi, Marsha Milan Londoh telah memenangi Anugerah Juala Lagu ke-39 (AJL39) semalam.

Menurut Mstar, kemenangan tersebut memberi makna yang cukup besar buat penyanyi itu selepas 20 tahun berkecimpung di dalam industri.

image is not available

Marsha berkata, terlalu banyak cabaran dan ujian yang perlu ditempuhi sebelum dia berjaya mengecapi trofi yang disifatkan paling bermakna sepanjang kariernya. muzik tanah air.

Trofi kemenangan ini sangat bermakna sebab saya dah 20 tahun dalam industri membina nama.

image is not available

Ramai saksikan kesukaran saya dalam industri dan kemenangan saya kecapi ni besar maknanya.

Penyanyi itu memberitahu dia langsung tidak meletakkan sasaran untuk memenangi sebarang kategori apatah lagi menjuarainya.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut mengucapkan terima kasih buat pasangan selebriti, Akim Ahmad dan Stacy kerana telah membuka peluang untuknya bertanding di pentas AJL edisi ke-36 menerusi lagu Cinta.

image is not available 1 month ago

“Saya Sebenarnya Teringin Sangat, Tapi...” - Peminat Minta Buat Konsert, Marsha Milan Akui Ada Rasa Takut