Ramai Suka Video Baru Pak Mat Western, Leona Menangis Lepas Sampaikan Sumbangan – “I Patut Bersyukur Dengan Apa I Ada…”

Entertainment
7 Jun 2024 • 3:20 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Marketing daripada produk makanan jenama Pak Mat Western yang selalu menampilkan selebriti atau individu yang dikenali pasti meraih perhatian ramai warganet.

Begitu juga dengan video terbaru daripada mereka kali ini yang turut meraih perhatian ramai selepas ia menampilkan duo anak beranak, Azhar Sulaiman dan anaknya, Kasih Iris Leona.

image is not available 1 week ago

"Saya Nak Cuba Semua Kerja Yang Ada.." - Leona Kongsi Pengalaman Kerja Sebagai Pelayan Ketika Belajar Di UK

 

Mula mula kelakar, hujung tu sebak…

Pada mulanya, video tersebut mempunyai elemen kelakar dengan lakonan bersahaja Leona dan Azhar yang membakar kambing daripada jenama terbabit.

Namun, ketika tiba bahagian dua beranak tersebut menyertai team Pak Mat Western menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, ia menyentuh hati ramai warganet.

 

Sebak dengar kata-kata Leona

Dalam pada itu, ramai turut menyukai kolaborasi Leona dan Azhar dalam video kali ini malah ada yang mencadangkan beberapa nama selebriti lain pula.

Netizen turut akui berasa sebak apabila melihat Leona menangis kerana tersentuh selepas menyerahkan bantuan. Pempengaruh itu mengucapkan rasa syukur dengan apa sahaja yang dimilikinya dalam hidup.

Kita patut bersyukur untuk semua benda dalam hidup kita. Walaupun kecil atau besar, semua kena bersyukur. Makanan, kesihatan, kehidupan yang tenang.

image is not available image is not available image is not available