Ramai Tak Sabar Tonton Lakonan ‘Sofyank x Tom Cruise’

EntertainmentLifestyle
17 May 2025 • 12:59 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ramai Tak Sabar Tonton Lakonan ‘Sofyank x Tom Cruise’

Pereka kandungan digital terkenal, Mohamad Sofian Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Sofyank sekali lagi mencuri perhatian ramai, apabila berkongsi teaser projek kolaborasinya bersama pelakon Hollywood, Tom Cruise.

Dalam perkongsian di akaun Instagram rasmi miliknya, memaparkan beberapa adegan menarik dalam video pendek itu.

“Nantikan episod pertama Tokyo with Tom pada 18 mei 2025,” tulisnya dalam hantaran itu.

Perkara itu sekali gus mencetuskan keterujaan para peminat tanah air yang sudah tidak sabar untuk menonton projek kolaborasi anak Malaysia itu bersama bintang filem Mission: Impossible.

Difahamkan, episod pertama itu akan disiarkan pada 18 Mei, esok.

https://www.instagram.com/p/DJtvbfmSbai/?hl=en

https://x.com/sofyank96/status/1923361233740177730

Sebelum ini, Sofyank telah berkongsi bahawa beliau dijemput ke Jepun bagi menjayakan sebuah projek khas bersama Tom.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri olehnya dalam satu hantaran di Instagram.

Namun, apa yang lebih mengujakan, Sofyank kini memuat naik sebuah video pertemuan sebenar antara dirinya dan Tom Cruise di laman TikTok.

Dalam video tersebut, kelihatan kedua-dua figura ini bersua muka dan berjabat tangan.

“Saya tak pernah terfikir akan diberi peluang sebegini,” – Sofyank

Dalam kapsyen video itu, Sofyank meluahkan rasa syukur dan teruja apabila berpeluang bertemu secara langsung dengan idola zaman kecilnya itu.

“Saya telah menonton filem-filem anda sejak kecil, dan karya anda telah memberi inspirasi kepada ramai pembikin filem di seluruh dunia.

“Kami rakyat Malaysia sangat mengagumi hasil kerja anda, aksi-aksi lagak ngeri anda, serta usaha yang anda curahkan dalam setiap filem.

“Berdiri di sisi anda pada saat ini benar-benar merupakan impian seumur hidup yang menjadi kenyataan.

“Terima kasih kerana menjadi seorang lagenda dan kerana sentiasa bersikap mesra terhadap para peminat di seluruh dunia.

“Ia benar-benar satu penghormatan dapat bertemu dengan anda semalam. Saya akan menghargai detik ini sebagai kenangan emas dalam hidup saya,” ujar Sofyank di ruangan kapsyen video berkenaan.