Ramai Tak Setuju PMX Nak Jadikan Simpanan KWSP Sebagai Cagaran ‘Loan’ Bank

Politics
10 Mar 2023 • 10:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memperkenalkan kaedah secara kolateral iaitu menggunakan wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran kepada bank untuk membuat pinjaman.

Menurut Harian Metro, pengumuman itu dibuat ketika sesi penggulungan belanjawan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, semalam.

image is not available

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Kita kena ingat prinsip KWSP itu adalah simpanan hari tua, kita bagi kelonggaran (pengeluaran) masa Covid-19 dan semua negara luluskan (kaedah itu).

“Saya tidak bersetuju dana pengeluaran simpanan khas dan saya cadangkan untuk kita memperkenalkan satu kaedah memudahkan orang-orang yang betul-betul terdesak memerlukan wang.

“Maka saya akan pastikan supaya KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak pinjam dari bank, dengan kolateral jaminan cagaran bank, ini yang terbaik,” katanya.

image is not available

Katanya lagi, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu hanya tertumpu kepada pencarum yang mempunyai wang dalam KWSP.

“Saya cadangkan yang mempunyai peluang… ada seorang yang merayu kepada KWSP, dia mempunyai RM1 juta (dalam KWSP) tetapi terikat dekat situ.

“Dia terpaksa bayar untuk hutang perniagaannya sekitar RM180,000 hingga RM200,000, itu spesifik kes.

“Oleh itu saya kata, tak pelah kita buat kolateral, dia tidak withdraw (keluarkan) daripada KWSP tetapi dalam masa sama KWSP buat kolateral itu sebagai cagaran,” kata Anwar lagi.

“Tak cukup duit, disuruh tambah hutang lagi?”

Walau bagaimanapun, kaedah yang diperkenalkan oleh kerajaan itu mendapat pelbagai komen negatif netizen yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

Netizen berpendapat kaedah meminjam kepada bank itu adalah tidak sesuai kerana ia menggalakkan lebih orang ramai untuk berhutang dalam keadaan kewangan yang tidak stabil.

image is not available

Apa pendapat korang tentang isu ini?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.