![Image from: “Ramai Tanya Macam Mana Baca Komen?” – Azmi Saat Kongsi Cara Orang Buta Guna Media Sosial [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/FI-split-2-line-putih-71.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, golongan Orang Kurang Upaya (OKU) mempunyai sedikit kekurangan berbanding manusia biasa. Namun ia tidak boleh dijadikan halangan untuk meneruskan kehidupan normal seperti orang lain.
Mungkin ada juga yang tertanya-tanya bagaimanana orang buta menggunakan telefon bimbit untuk urusan harian?
Azmi Saat Kongsi Cara OKU Penglihatan Guna Media Sosial
Baru-baru ini, penyanyi dan vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat ada berkongsi rahsia golongan OKU penglihatan menggunakan media sosial terutamanya di Facebook.
Kata Azmi atau nama penuhnya Khairul Azmi Muhammad Saat, orang buta juga boleh berhubung dengan dunia luar menerusi fungsi ‘Aksesibiliti’ yang terdapat dalam telefon pintar.
“Rupanya masih ramai yang tak tahu orang buta ini boleh gunakan telefon sebab setiap kali saya buat perkongsian di media sosial, ramai tanya macam mana saya menaip. Ada juga yang tertanya-tanya saya boleh baca ke setiap komen. Ramai rupanya masih tak tahu.
“Sebenarnya kami menggunakan Aksesibiliti yang ada di telefon pintar. Masuk di settings, on kan voice over nanti setiap tulisan akan dibacakan. Apa saja yang korang tulis, komen, berapa yang like semua saya boleh tahu,” katanya.
Fungsi Voice Over Juga Boleh Baca Shortform
Dalam video tersebut, Azmi juga ada menunjukkan cara voice over berfungsi. Apabila dia menekan mana-mana aplikasi dengan satu klik, telefon itu akan menyebut nama aplikasi berkenaan.
Jika mahu membuka aplikasi itu, dia hanya perlu menekannya dengan dua klik. Voice over tersebut juga boleh memberitahu sama ada terdapat mesej yang belum dibaca.
Sekiranya seseorang menulis menggunakan shortform (singkatan), Azmi akan menggunakan fungsi ‘Character’ yang mana voice over akan menyebut huruf satu per satu.
Jika mahu menulis dengan lebih pantas, dia akan menggunakan fungsi Braille pada Aksesibiliti.
Azmi Berpendapat Threads Tidak Mesra Pengguna OKU Penglihatan
Bagaimanapun menurutnya, fungsi Aksesibiliti tidak begitu cekap apabila digunakan di laman Threads. Menerusi klip sama, Azmi menunjukkan bahawa dia sukar membalas komen netizen di hantaran miliknya.
“Punyalah dahsyat Thread tak mesra orang buta, bila saya nak reply komen orang, sampai tak jumpa butang untuk hantar komen. Voice over tak boleh baca butangnya.
“Tu sebab la saya malas guna Threads ni sebab dia tak boleh diakses untuk OKU penglihatan,” katanya.
View this post on Instagram
Baca Artikel Berkaitan: Orang Buta Kalau Mimpi Nampak Apa? Wanita OKU Penglihatan Ini Beri Penjelasan – “Hanya Audio” [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Sedih Sebab Tak Alert Kebolehan Mata Dia” – Wanita Kongsi Cara Suami OKU Penglihatan Cari Surau [Video]
Orang Ramai Kagum Dengan Cara OKU Penglihatan Guna Telefon Bimbit
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan golongan OKU penglihatan yang menggunakan cara seperti Azmi untuk melayari media sosial.
“Masya-Allah, satu kekurangan tapi banyak kelebihan lain. Saya yang celik ni pun saya rasa tak dapat nak ikut settings. Laju sangat,” kata seorang pengguna Instagram.
Malah ramai juga berkata mereka pertama kali melihat orang buta menggunakan telefon bimbit menggunakan cara itu.
“Terima kasih Encik Azmi sebab kongsi info ni. Saya pun memang selalu tertanya-tanya macam mana orang tunanetra (cacat penglihatan) guna telefon dan media sosial,” ujar seorang individu.
“Wah ilmu baru bagi saya. Masya-Allah,” tambah seorang lagi warganet.
Berikut antara komen-komen netizen yang lain:
![Image from: “Ramai Tanya Macam Mana Baca Komen?” – Azmi Saat Kongsi Cara Orang Buta Guna Media Sosial [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/azmi-saat-1024x751.jpeg)
![Image from: “Ramai Tanya Macam Mana Baca Komen?” – Azmi Saat Kongsi Cara Orang Buta Guna Media Sosial [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/azmi-saat-2-1024x741.jpeg)
![Image from: “Ramai Tanya Macam Mana Baca Komen?” – Azmi Saat Kongsi Cara Orang Buta Guna Media Sosial [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/azmi-saat-3-1024x589.jpeg)
![Image from: “Ramai Tanya Macam Mana Baca Komen?” – Azmi Saat Kongsi Cara Orang Buta Guna Media Sosial [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/azmi-saat-4-1024x776.jpeg)
![Image from: “Ramai Tanya Macam Mana Baca Komen?” – Azmi Saat Kongsi Cara Orang Buta Guna Media Sosial [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/azmi-saat-5-1024x660.jpeg)
