Ramai terharu, pengawal berbuka puasa dengan keluarga di tempat kerja

LocalFamily & Parenting
4 Mar 2025 • 8:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
pengawal berbuka puasa

Ramai terharu melihat momen sebuah keluarga pengawal berbuka puasa bersama-sama di tempat kerjanya memandangkan belum lagi habis bertugas.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai anakjatangmak, dia telah memuat naik momen sewaktu duduk di pondok rehat sebuah sekolah sambil sama-sama menikmati juadah berbuka bersama keluarga kecilnya.

Pengawal berbuka puasa dengan isteri dan anak2

Dalam hantaran yang dimuat naik, dia telah mengucapkan terima kasih kepada individu yang disayangi dipercayai isterinya.

Dapat dilihat juga dua orang kanak-kanak dihadapan mereka berkemungkinan anak-anak yang sedang menikmati makanan berbuka.

image is not available

Pengawal berbuka puasa dengan keluarga, nampak cukup bahagia

Pengawal tersebut juga sempat membaca doa sambil ahli keluarganya yang lain mengaminkannya sebelum mereka menjamah kuih muih yang ada di atas bangku.

Sambil-sambil itu, pengawal berkenaan turut memangku bayi mereka yang masih kecil sambil masing-masing berbual serta tersenyum.

image is not available

Nikmat macam ni ramai yang teringin

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata terharu melihat momen tersebut.

Kebanyakan mereka menyatakan bahawa situasi ini merupakan gambaran keluarga yang cukup bahagia dan sangat diimpikan ramai kerana dapat sama-sama berkumpul ketika berbuka puasa.

image is not available

Erti sebenar kesyukuran dan bahagia

image is not available

Abang sebenarnya dah menang dalam kehidupan

image is not available

Semoga keluarga pengawal keselamatan tersebut terus diberi kebahagiaan dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.

Sumber: TikTok anakjatangmak