
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui azan Maghrib menandakan telah masuknya waktu berbuka puasa.
Bagi kebanyakan individu, pasti ramai yang tidak sabar menanti waktu ini setelah penat seharian menjalani rukun Islam ketiga itu.
Bila sebut tentang waktu solat, pasti anda perasan setiap negeri mempunyai waktu solat Maghrib dan berbuka puasa berbeza mengikut tempat.
Bukan hanya sekadar lokasi, rupanya ada bangunan yang mempunyai perbezaan waktu solat walaupun berada di tempat yang sama.
Aras 76 Ke Atas Bangunan KLCC Buka Puasa 3 Minit Selepas Azan
Baru-baru ini, tular di media sosial notis pengumuman mengenai waktu solat Maghrib bagi mercu tanda terkenal Malaysia, iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Apa yang menjadi perhatian adalah pengumuman yang dibuat oleh KLCC Urus Harta Sdn Bhd itu menunjukkan waktu solat maghrib adalah berbeza mengikut ketinggian bangunan tersebut berkuat kuasa 1 Ramadan lalu.
Melalui pengumuman yang tular itu, waktu Maghrib bagi aras 76 dan ke atas bangunan KLCC adalah lewat 3 minit selepas azan.
Ini sekaligus menandakan individu yang berada di aras 76 akan berbuka puasa lewat sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang berada di aras 75 ke bawah.
Difahamkan, pengumuman itu dibuat selepas pihak mereka menerima surat rasmi daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
“Kepada para penyewa, berdasarkan surat rasmi daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 26 Februari 2025, Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan waktu solat bagi bangunan melebihi 400 meter ketinggian adalah:
“Maghrib: tiga minit selepas azan, Syuruk: tiga minit awal.
“Walau bagaimanapun, perubahan ini hanya terpakai bagi tingkat 76 ke atas di Menara Berkembar Petronas berkuat kuasa 1 Ramadan 1446H,” tulisnya.
Bangunan tinggi lambat berbuka 😁 pic.twitter.com/dQtY0msZXx
— Fabulist / Syfq (@_fabulistjiwa) March 1, 2025
Ramai Terkejut, Tak Sangka KLCC Ada Waktu Solat Berbeza
Pengumuman itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Ini kerana rupanya ramai yang tidak menyangka bangunan KLCC yang berketinggian 452 meter dengan 88 tingkat mempunyai waktu solat maghrib yang berbeza.
Malah, ada pula yang mengaitkan dengan bangunan lain seperti TRX dan Menara Merdeka 118.
Burj Khalifa Mempunyai Waktu Solat Berbeza
Untuk info, menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa juga pernah menjadi perhatian ramai dek kerana waktu berbuka puasa yang berbeza.
Ini kerana pandangan waktu matahari terbenam sepenuhnya adalah berbeza pada setiap tingkat.
Oleh sebab itu, waktu solat maghrib di bangunan tersebut juga mempunyai zon berbeza sekaligus turut mempengaruhi waktu berbuka puasa.
Bagi mereka yang berada pada aras 80 ke bawah, waktu berbuka puasa sama seperti orang lain.
Bagi aras 81 ke 150, individu muslim akan berbuka puasa lewat 2 minit manakala bagi mereka yang berada pada aras 150 ke atas, mereka akan lewat berbuka selama 3 minit.
Keadaan ini terpakai pada waktu sahur di mana mereka akan berpuasa lebih awal berbanding yang di aras bawah dek kerana kelihatan ‘Fajar Soddiq’ atau waktu subuh yang lebih awal buat mereka yang berada di tingkat atas.
Sebagai info, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan pernah melakukan kajian waktu solat bagi bangunan tinggi pada tahun 2013.
Antara bangunan yang terlibat adalah Menara Kuala Lumpur dan KLCC. Pada waktu itu, pihak terlibat telah mengambil kira faktor ketinggian Menara Kuala Lumpur dan KLCC sebelum membuat penetapan waktu solat.
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Bangunan Ini Mempunyai Waktu Berbuka Puasa Yang Berbeza?
Baca Artikel Berkaitan: Burj Khalifa Ada 3 Waktu Berbuka Puasa Yang Berbeza, Paling Atas Paling Lambat!
Source:


![“Tanda-tanda Ramadan” – Ramai Terhibur Lihat Meme ‘Kucing Jejak Rasul’ Sudah Kembali [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![Penuh Nutrisi, Ceddy & Dr Soo Wincci Kongsi Resipi Bebola Kurma Untuk Sahur Dan Berbuka [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cooking.jpeg)
![Ini 4 Tempat Yang Sunat Untuk Angkat Takbir Ketika Solat [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)