Ramai Terhibur, Pelajar Lelaki Ni Tak Henti Bercakap Sampai Petugas Hilang Sabar

19 Nov 2025 • 3:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ramai Terhibur, Pelajar Lelaki Ni Tak Henti Bercakap Sampai Petugas Hilang Sabar

Dalam kehidupan harian, kita sering berdepan dengan pelbagai ragam manusia yang aneh dan menguji kesabaran kita.

Ada individu yang pendiam dan lebih selesa berkomunikasi bila perlu sahaja, namun ada juga yang petah berbicara sehingga tiada peluang untuk suasana menjadi sunyi.

Sikap peramah ini biasanya menceriakan suasana, tetapi dalam sesetengah keadaan ia tidak selalunya memberi impak positif.

Bagi mereka yang bekerja dan berhadapan dengan orang ramai, berjumpa dengan pelbagai jenis karakter adalah perkara biasa. Setiap hari, ada sahaja gelagat baharu yang perlu dilayan dengan penuh sabar dan profesional.

Namun, apabila berdepan dengan individu yang terlalu banyak bercakap pada waktu yang kurang sesuai, keadaan boleh menjadi sedikit mencabar.

Tak henti bercakap, petugas sampai tekup mulut

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di sosial media apabila seorang pelajar lelaki dilihat bercakap tanpa henti ketika pemeriksaan gigi dijalankan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @sh4d678 di TikTok, pelajar lelaki itu kelihatan seperti bertanya dan bercakap sambil menunjuk peralatan petugas.

Lebih menghiburkan lagi, apabila petugas tersebut terpaksa menekup mulut pelajar lelaki itu supaya dia berhenti bercakap.

Tindakan spontan petugas itu membuatkan suasana bertambah lucu, malah ramai warganet turut terhibur dengan gelagat pelajar berkenaan.

Ramai juga yang beranggapan bahawa alasan pelajar lelaki tersebut bercakap tanpa henti adalah disebabkan dia berasa takut atau gementar untuk pemeriksaan gigi.

Video tersebut mencecah 2.9 juta tontonan setakat ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberi pelbagai reaksi terhadap video tersebut.

“Jarang pergi klinik doktor suruh tutup mulut, biasanya suruh buka mulut luas-luas,” komen seorang wargamaya.

“Amalan banyakkan bertanya hanya di kelas belajar sahaja. Bukan di sini,” komen seorang lagi wargamaya.