Ramai Terkejut Lepas Tahu Ada Staf HR Gigih Soal Doktor Pelbagai Soalan Untuk Sahkan MC Pekerja

LocalOpinion
21 Jan 2025 • 4:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Orang ramai khususnya individu yang bekerja, pasti sudah biasa dengar tentang cuti sakit atau lebih dikenali sebagai MC.

Ia merupakan sijil kenyataan legal yang dikeluarkan oleh doktor bertauliah bagi mengesahkan seseorang itu tidak mampu bekerja atau melakukan sesuatu disebabkan sakit yang dialami.

Kebiasaannya, ia hanya akan diperolehi jika individu datang ke klinik bagi mendapatkan rawatan serta mendapat pengesahan doktor.

Walaupun telah memperolehi MC, ada sesetengah majikan seakan tidak percaya dengan cuti sakit itu hingga ada yang mempersoalkan kesahihannya.

Kakitangan HR Telefon Doktor Nak Dapatkan Kesahihan MC

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang pengguna mengenai tindakan seorang kakitangan sumber manusia (HR) dalam menguruskan isu cuti sakit ini.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh gadis berkenaan di platform Thread, dia berkongsikan kisah seorang HR yang sanggup menelefon doktor bagi mendapatkan kesahihan MC yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan itu.

“Nak share (kongsi) story, HR telefon klinik nak kepastian pasal MC. HR tu tanya macam-macam (dekat) doktor,” tulisnya.

HR Tak Percaya Dengan Kenyataan Doktor

Apa yang menjadi perhatian adalah staf HR itu seakan mempersoalkan dengan kenyataan doktor berkenaan.

Malah, dia seolah-olah seperti mahu pekerja tersebut masuk bekerja seperti biasa walaupun dalam keadaan yang sakit.

“Doktor yang bagi rawatan tu bagitahu la staf tu memang demam dan perlukan rehat tapi HR still in deny dan nak staff tu masuk kerja,” kongsinya lagi.

Geram dengan kenyataan tersebut, doktor tersebut terus mempersoalkan tindakan kakitangan HR berkenaan yang mahu pekerja tersebut bekerja seperti biasa.

“Hangin doktor tu bagitau ‘macam mana you paksa staff yang sakit kerja’”, kongsinya lagi.

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi

Hantaran yang telah mendapat lebih 414,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke balasan hantaran tersebut, masing-masing mempunyai pendapat sendiri mengenai perkongsian itu.

Ada segelintir pengguna media sosial yang menyokong tindakan staf HR terbabit.

Ini kerana mereka berpendapat ada segelintir pekerja yang mengambil kesempatan dengan kemudahan MC yang diberikan.

Namun, ada juga yang mempersoal dan mengkritik tindakan kakitangan HR terbabit yang dilihat tidak memahami dan berkeras mahu staf bekerja seperti biasa seolah-olaj menidakkan keputusan doktor memberikannya rehat.

Berikut antara komen pengguna Thread:

“Saya Pernah Kena, Sakit Hari Sabtu, Doktor Kasi MC Ahad & Isnin, Dia Boleh Reply ‘Doktor Mana Yang Bagi Cuti Isnin Terus'”

image is not available

“Realiti Sebenarnya Banyak Staf Yang Ambil Kesempatan, Sampai HR Ni Dah Tak Boleh Percaya 100%”

image is not available

“Takutnya Baca Perangai Staf HR, Saya Sebagai HR Yang Beria Suruh Staf Pergi Klinik Kalau Diorang Tak Ok”

image is not available

“HR Call Klinik Confirmkan MC Tu Bagus Sebab Ada Je Yang Kelepet MC”

image is not available

“Pernah Ye Ada 1 Company HR Ni, Dia Call Tanya Pasal Staf Dia Yang Sakit Gastrik”

image is not available

“HR Memang Tak Salah Nak Call Klinik Sebab Itulah Kerja Dia Untuk Confirmkan”

image is not available

Source: