Ramai Tertanya, Ini Rupanya Fungsi Kod QR Pada MyKad Generasi Baharu

LocalTechnology
17 Sep 2026 • 9:00 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ramai Tertanya, Ini Rupanya Fungsi Kod QR Pada MyKad Generasi Baharu

Sejak kad pengenalan atau MyKad generasi baharu diperkenalkan pada 16 September, pelbagai persoalan dibangkitkan oleh orang ramai khususnya mengenai ciri atau fungsi yang terdapat padanya.

Salah satu ciri baharu yang menarik perhatian adalah kod QR yang diletakkan di bahagian belakang MyKad.

Susulan itu, ramai yang masih keliru mengenai fungsi kod QR tersebut, mengapa ia diletakkan di situ?

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya, mari ikuti penjelasan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Baca juga:

Fungsi kod QR pada MyKad

Untuk pengetahuan, kod QR tersebut digunakan untuk tujuan penguatkuasaan oleh agensi-agensi yang dibenarkan oleh JPN.

Buat masa ini, hanya JPN yang menggunakan ciri tersebut untuk mengesahkan pemegang MyKad adalah pemilik sebenar MyKad itu.

Lebih menarik, kod QR itu juga tidak boleh dibaca oleh mana-mana kamera pada mana-mana telefon pintar.

Dalam pada itu, JPN menasihatkan orang ramai agar tidak terburu-buru untuk menukar MyKad yang baharu.

Jika MyKad yang sedia ada masih tidak rosak dan berada dalam keadaan baik, ia boleh digunakan seperti biasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved