Ramai Teruja, Tular Pelumba F1 Lewis Hamilton Berada Di Keramat

15 Mar 2024 • 9:04 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelumba sensasi Formula Satu (F1) Lewis Hamilton dikatakan berada di Malaysia melalui tularnya satu video yang memaparkan dia di salah sebuah sekolah pada pagi ini.

Menerusi satu hantaran di X, video berdurasi tiga saat yang dikongsi akaun @FazreenIdham memperlihatkan Lewis sedang beramah mesra dengan beberapa orang guru dan juga pelajar di sekolah tersebut.

“Betul weh Hamilton datang Keramat,” katanya.

Pemilik akaun X itu juga turut memuat naik gambar dinding sekolah yang telah dilukis dengan mural perkataan memaparkan semua kejayaan dan pencapaian anugerah sekolah beserta kelangsungan program tersebut.

“Lewis datang sekolah Keramat sebab ni,” ujarnya.

Difahamkan, Hamilton berada di sekolah tersebut bagi menghadiri program Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di SMK Seri Keramat bersama jalinan Petronas Petrosains.

Untuk makluman, SMK Seri Keramat telah dipilih sebagai Johan dalam Petronas Chemical Group (PCG) pada peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023.

image is not available

Foto: X @FazreenIdham

Pihak PIBG diberi peluang untuk mengadakan program bersama Petronas dengan dihadiri oleh Hamilton di atas kemenangan yang diperolehi dalam pertandingan anjuran Petronas itu.

Kehadiran Hamilton dalam Program ‘Ke Arah Komuniti Lestari’ anjuran sekolah itu sudah pastinya mengejutkan ramai pihak terutamanya para pelajar di sekolah berkenaan.

Rata-rata netizen meninggalkan maklum balas di ruangan komen malah ada juga yang mahu datang ke lokasi tersebut setelah mengetahui tentang kehadiran Hamilton di sini.

Lepas ni dia pergi mana?

image is not available

Bila lagi ke sekolah lain?

image is not available

Nak minta tandatangan…

image is not available

Difahamkan, Lewis Hamilton akan ke KLCC selepas daripada menghadiri program PIBG di sekolah tersebut bagi acara yang dijadualkan seterusnya.

Sementara itu, Hamilton dilapor bakal meninggalkan Mercedes untuk mencari pengalaman baru selepas tamat kontrak pada hujung musim ini dan akan menyertai Ferrari untuk musim 2025 seterusnya.

Sumber: X @FazreenIdham