Ramai teruja! Pelumba F1 Lewis Hamilton datang sekolah di Keramat

15 Mar 2024 • 9:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelumba F1 Lewis Hamilton datang sekolah di Keramat apabila keberadaannya berjaya dirakam dan dikongsikan di media sosial.

Random betul dia datang sekolah

Menerusi hantaran yang dibuat pengguna X dikenali sebagai Fazreen Idham, dia menyatakan yang Hamilton berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat apabila memuat naik video dengan kehadiran pelumba tersebut.

Pelumba F1 Lewis Hamilton datang sekolah atas jemputan PIBG

Memetik laporan dari Kosmo! pelumba asal Britain itu datang ke SMK Seri Keramat Kuala Lumpur itu adalah disebabkan jemputan program daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKSK Jalinan Petronas Petrosains.

Difahamkan, pelumba yang bakal bersama pasukan Ferrari sehingga tahun 2025 nanti turut berada di KLCC pada Jumaat 15 Mac 2024.

Pelumba F1 Lewis Hamilton datang sekolah bersama team F1 Mercedes

Menurut ciapan dibuat oleh Fazreen Idham itu lagi, kehadiran Lewis Hamilton itu adalah bersama Team F1 Mercedes sebelum meninggalkan pasukan berkenaan.

image is not available

Bayangkan cikgu umum Lewis Hamilton datang sekolah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas berhubung kehadiran pelumba Formula 1 itu ke sebuah sekolah di Malaysia.

Rata-rata akui terkejut dengan kehadirannya dan merasakan para pelajar di sekolah berkenaan cukup beruntung kerana bukan senang dapat bertemu secara langsung dengan individu yang hampir dikenali di seluruh dunia.

image is not available

Untunglah dak dak Keramat

 

image is not available

Nasib la siapa yang tak datang sekolah harini

image is not available