Ramai Tidak Tahu, Rupa-Rupanya ‘Mica Sheet’ Perlu Ditukar Jika Microwave Tidak Berfungsi Dengan Baik

Home & LivingLifestyle
23 Jan 2025 • 5:35 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Penggunaan ketuhar gelombang mikro atau ‘microwave oven’ sememangnya memudahkan urusan orang ramai, terutama para ibu untuk memanaskan makanan dengan cepat.

Jika anda biasa menggunakan microwave, pasti perasan terdapat satu bahagian yang kelihatan seperti kertas cardboard berwarna putih pada bahagian dalamnya.

Namun kadangkala, kertas itu mungkin sudah kelihatan hitam akibat terbakar.

Kepingan Mika Dalam Microwave Elak Komponen Elektrik Tercemar

Bahagian tersebut digelar sebagai penutup pandu gelombang (waveguide cover) yang lebih kenali dengan panggilan kepingan mika atau ‘mica sheet’ kerana selalunya diperbuat daripada mineral dari jenis mika.

Mika digunakan kerana ia merupakan penebat haba yang bagus dan efektif dalam mengurangkan kehilangan haba.

Dalam microwave, kepingan mika berfungsi bagi mengelakkan komponen elektrik daripada dicemari makanan dan kotoran. Namun gelombang mikro masih boleh melepasinya, membolehkan makanan dipanaskan.

Kepingan Mika Rosak Perlu Diganti

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi kepingan mika ini sebenarnya perlu diganti sekiranya ia sudah rosak. Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang individu di dalam kumpulan Facebook KakiRepair by KakiDIY.

Menurutnya, dia telah menggantikan kepingan mika yang hangus dan merekah pada microwave dimiliki olehnya.

Katanya lagi, sebelum mengganti kepingan mika terbabit, microwave tersebut tidak berfungsi dengan baik dan mengeluarkan percikan elektrik seperti mahu meletup.

Dia telah membeli kepingan mika daripada kedai dalam talian iaitu Shopee. Namun saiz yang sedikit berbeza membuatkan dia perlu kepingan mika gantian tersebut agar mengikut bentuk asalnya.

image is not available
Sumber: Kumpulan Facebook KakiRepair by KakiDIY

Makanan Yang Terpecik Boleh Rosakkan Kepingan Mika

Difahamkan kepingan mika ini boleh rosak apabila terbakar atau akibat proses pencucian pada bahagian dalam microwave.

Di ruangan komen, seorang individu yang pernah menjalankan kajian mengenai kepingan mika berkata makanan yang terlekat padanya juga boleh menyebabkan ia terbakar.

Beberapa ahli kumpulan Facebook itu juga berkongsi bahawa kepingan mika dalam microwave mereka rosak apabila bergeser dengan bungkusan makanan dan terkena sabun pencuci.

Dalam pada itu, seorang individu menasihati orang ramai agar sentiasa mengelap bahagian dalam microwave dan menutup makanan yang dipanaskan supaya tiada percikan pada kepingan mika tersebut.

Ada juga yang berkata tukang baiki akan meletakkan cas yang tinggi hanya untuk menukar kepingan mika yang rosak.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Langkah-Langkah Untuk Tukar Kepingan Mika Dalam Microwave

Jika kepingan mika yang rosak tidak diganti, ia boleh menyebabkan kerosakan pada microwave sehingga tidak lagi boleh dibaiki. Berikut kami kongsikan langkah-langkah bagi mengganti kepingan mika.

Mudah sahaja untuk melakukannya dengan sendiri, anda hanya perlu membeli kepingan mika dan menyediakan gunting sekiranya diperlukan.

image is not available
Sumber gambar: Shopee

Pastikan suis ditutup dan kepala plug dicabut terlebih dahulu sebelum melakukan penggantian tersebut.

Cabut kepingan mika asal daripada dalam microwave. Jika kepingan mika yang baru dibeli saiz berbeza, pastikan anda memotong mengikut saiz asal terlebih dahulu.

Boleh juga bersihkan bahagian di belakang kepingan tersebut, namun pastikan ia benar-benar kering selepas itu.

Akhirnya, pasangkan sahaja kepingan mika baharu untuk menutup semula lubang waveguide. Anda tidak memerlukan sebarang gam kerana kepingan tersebut dipasang dengan diselitkan ke dalam slot sahaja.