Ramai tumpang bahagia lihat anak-anak tunggu depan pintu rai hari lahir bapa

LocalEntertainment
30 Dec 2024 • 8:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Ramai tumpang bahagia

Ramai tumpang bahagia lihat perkongsian pengguna TikTok apabila anak-anaknya meraikan hari lahir bapa mereka di depan pintu sewaktu menyambut lelaki berkenaan pulang ke rumah.

Perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai myra_mezah telah mendapat perhatian ramai selepas melihat anak-anaknya begitu teruja menyambut kepulangan bapa dengan meraikan hari lahir insan tersayang itu walaupun dalam keadaan sederhana.

Ramai tumpang bahagia lihat anak2 tunggu kepulangan bapa

Dapat dilihat anak-anak meraikan bapa dengan memegang sebiji kek, meletupkan konfeti serta mengucapkan selamat hari lahir dengan penuh ceria.

Bapa mereka yang terkejut ketika memasuki rumah tersenyum bahagia sebelum memeluk seorang demi seorang anak-anak tersayang.

image is not available

Ramai tumpang bahagia, barang dibeli bapa juga tarik perhatian

Selain dari sambutan yang cukup sederhana namun bermakna itu, ramai juga perasan barangan yang dibawa masuk oleh bapa apabila memegang susu anak, dua kotak aiskrim serta makanan buat kucing.

Pastinya keperluan tersebut adalah untuk anak-anak serta peliharaan yang turut berada di kediaman mereka.

image is not available

Sebak tengok video sweet macam ni

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang akui tumpang bahagia melihat momen tersebut kerana cukup bermakna walaupun hanya sambutan secara kecil-kecilan sahaja dirumah.

Mereka juga akui sebak melihat kehangatan keluarga tersebut dan mendoakan mereka sekeluarga terus diberi kebahagian di dunia dan akhirat.

image is not available

Abang ni menang segalanya dalam hidup

image is not available

Harap dapat buat perkara sama untuk keluarga sendiri

image is not available

Keluarga paling KAYA

image is not available

Bahagia tak perlukan wang ringgit

image is not available

Semoga kita semua dapat memberi kebahagian kepada orang lain terutamanya buat insan tersayang.

Sumber: TikTok myra_mezah