Ramai Turut Kongsi Kesedihan Dengan Nabila Huda Terutamanya Pencinta Kucing

LocalEntertainment
3 Oct 2024 • 12:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Nabila Huda Aoki

Semalam kami melaporkan yang pelakon Nabila Huda memuat naik perkembangan terkini kucing kesayangan bernama Aoki yang dilaporkan sudah mati.

Menurut laporan Harian Metro, perkongsian Abil itu telah menarik perhatian ramai terutamanya bagi pencinta kucing.

Sebelum ini, Aoki yang terlantar sakit akibat penyakit buah pinggang tahap 4 sudah beberapa hari bertarung nyawa dan dijaga rapi oleh Nabila serta suaminya.

Menerusi Facebook, video Nabila dan Aoki itu juga telah dikongsikan Kelab Pencinta Kucing Malaysia dengan kapsyen yang menyentuh hati orang ramai. 

Setia sampai hujung nyawa.

Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang turut sama rasa bersedih sambil kongsikan mereka juga pernah alami situasi kucing kesayangan yang dibela dari kecil telah mati akibat sakit.

Saya sudah mengalami dan banyak kali, banyak sudah air mata keluar pasal kucing.

Separuh jiwa pergi kalau pencinta kucing alami.

Perkara yang sangat perit untuk kita hadapi.

Hanya pencinta kucing saja tahu perasaan dia macam mana.

Untuk info, Aoki adalah kucing pertama yang dibelanya sejak 2010. Aoki sudah dianggap seperti anak sendiri dan hadir di dalam hidupnya sebelum mengandungkan Keisha Laila lagi.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro