‘Ramai Yang Nak Jadi Organizer’, Netizen Pertikai Bazaar Ramadan Terlalu Banyak Di Kuching

3 Apr 2023 • 3:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Kalau semua nak berjual, habis tu siapa nak beli?’ – netizen

‘Ramai Yang Nak Jadi Organizer’, Netizen Pertikai Bazaar Ramadan Terlalu Banyak Di Kuching. Bazaar Ramadan telah menjadi satu tradisi yang dijalankan setiap tahun menjelang bulan puasa di Malaysia.

Namun, kebimbangan muncul di kalangan netizen di Kuching apabila terdapat terlalu banyak bazaar Ramadan di bandar tersebut.

image is not available
‘Ramai Yang Nak Jadi Organizer’, Netizen Pertikai Bazaar Ramadan Terlalu Banyak Di Kuching

Bazar banyak sangat di Kuching.. Semua orang nak jadi organizer..
Takda hal janji sewa dah bayar.. Laku tak laku tu bukan hal aku kata organizer (mana yang dah tutup tu berani ke nak refund? Tak kesian ke? Cadangan)”

Luahan netizen

Netizen geram dengan sikap penganjur yang yang memandang ‘enteng’ dalam hal tersebut

Isu ini telah menjadi buah mulut netizen semenjak minggu lepas di mana mereka mempertikaikan hampir 30 bazar Ramadan hanya di Kuching sahaja.

Meninjau ke laman Facebook, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap dengan pihak penganjur kerana bersikap lewa dalam hal begini. Terlalu banyak bazaar yang dibuka, sampai ada tapak yang tidak mendapat sambutan.

image is not available

Ramai yang menganggap bahawa pihak penganjur bersikap lepas tangan.

Terdapat juga kritikan terhadap pihak penganjur yang mengambil kesempatan daripada musim bazaar Ramadan untuk menjana keuntungan tanpa memikirkan peniaga-peniaga kecil.

Sebelum ini juga pernah tular di mana bazar Ramadan di PCC Demak ini kurang mendapat sambutan akibat lambakan bazar yang terdapat di sekitar bandar Kuching.

Perkara itu telah dikongsikan oleh salah seorang peniaga di PCC Demak apabila beliau terpaksa mengurangkan kos jualannya disebabkan oleh keuntungan yang diperoleh tidak setimpal dengan modal yang dikeluarkan.

image is not available

image is not available

Jika anda terlepas dengan isu berkenaan di PCC Demak, anda boleh baca di pautan bawah: