Ramal 500,000 orang sertai himpunan Turun Anwar, netizen anggap Shahidan Kassim merapu

LocalPolitics
23 Jul 2025 • 5:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang ahli parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim meramalkan bahawa himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini akan menjadi “ibu segala perhimpunan” di Kuala Lumpur.

Netizen anggap Shahidan Kassim merapu

image is not available

Foto: Harakahdaily

Menurut laporan Malaysiakini, beliau berkata biarpun pihak polis menganggarkan kehadiran seramai 10,000 hingga 15,000 orang namun jumlah itu diramal jauh lebih tinggi.

Shahidan meramalkan himpunan itu bakal mengumpulkan antara 300,000 hingga 500,000 orang yang cukup untuk membanjiri perkarangan stadium dan melimpah ke jalan raya pada hari Sabtu nanti.

Ahli Parlimen Arau itu juga mendedahkan pengumuman khas “luar biasa” oleh Anwar hari ini tidak akan menggugat semangat protes terbabit.

“Kita tahu bahawa pada 26 Julai akan ada satu gerakan atau perhimpunan yang akan berlangsung, dan ramai rakyat Malaysia dijangka hadir dengan anggaran kehadiran melebihi 300,000 hingga 500,000 orang,” kata Shahidan di Parlimen, pada Selasa.

image is not available

Foto: Free Malaysia Today

Meninjau ke ruangan komen, warganet menganggap ramalan itu merupakan sesuatu perkara yang merapu dan mustahil dapat menerima penglibatan sehingga ratusan ribuan individu.

Malah ada juga wargamaya menasihati pemimpin PN itu untuk menyuarakan sebarang ketidakpuasan di Dewan Rakyat bukannya turun di jalanan menyuarakan ketidakpuasan sebagai tanda protes terhadap kerajaan pimpinan Anwar.

Jangan bermimpi

image is not available

Merepek sampai setengah juta?

image is not available

Tak berani buat usul di Dewan Rakyat?

image is not available

Difahamkan, beliau juga meminta agar pihak polis juga mempertimbangkan semula rancangan awal untuk menugaskan hanya 2,000 anggota bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam semasa hari kejadian.

Sumber: malaysiakini