
Kerajaan Negeri menjangkakan pemulihan lebih baik dengan ramalan pertumbuhan 4 hingga 5 peratus bagi 2022 dan 2023, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata unjuran itu selaras dengan komitmen Kerajaan untuk meneruskan momentum pemulihan dalam semua aspek bagi merancakkan ekonomi negeri.
Ini termasuk mempercepatkan pelaksanaan program pembangunan, terutamanya projek berimpak tinggi dan menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi.
“Walaupun keadaan ekonomi global dan negara tidak menentu, ekonomi Sabah kini berada di landasan yang betul ke arah pemulihan dengan pertumbuhan pada 1.1 peratus pada 2021 berbanding penguncupan 9.2 peratus tahun sebelumnya.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Pencapaian ini disokong oleh prestasi perdagangan negeri yang kukuh berikutan peningkatan positif dalam aktiviti eksport Sabah,” katanya pada Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSPRMKE-12) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu , pada 27 Jun. Ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Turut hadir ialah Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, penjawat awam Negeri dan Persekutuan, pemain industri, wakil pertubuhan masyarakat sivil (CSO), wakil badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan wakil pelajar institusi pengajian tinggi.
Hajiji berkata agenda pembangunan yang dilaksanakan oleh Negeri adalah berdasarkan Hala Tuju Strategik Pembangunan Negeri di bawah RMK-12 untuk mencapai objektif “Malaysia Sejahtera, Inklusif, Mampan”.
Melalui hala tuju strategik, tumpuan pembangunan merangkumi semua sektor untuk memperkukuh pembangunan inklusif, meningkatkan kesejahteraan rakyat, mengimbangi pembangunan wilayah, memperkasa modal insan dan memastikan kelestarian alam sekitar, selaras dengan hala tuju dan matlamat Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).
“Kerajaan Negeri berterima kasih dan menghargai komitmen Persekutuan yang meluluskan peruntukan RM14.976 bilion di bawah Pelan Pusingan 1 (RP1) sehingga Pelan Pusingan Plan 3 (RP3) dan RMK12.
“Peruntukan ini adalah untuk membiayai pelaksanaan 3,436 projek pembangunan melalui pelbagai kementerian termasuk 1,181 projek baharu dan lanjutan yang diluluskan di bawah RP3.
“Pelaksanaan projek-projek ini bukan sahaja akan merangsang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negeri tetapi juga memberi manfaat kepada kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Tegasnya, Kerajaan Negeri komited dalam menangani isu pelaksanaan projek pembangunan di negeri ini dan akan memastikan ia mengikut jadual, mencapai keputusan dan objektif yang ditetapkan serta memberi manfaat seperti yang diharapkan.
Hajiji berkata beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi halangan antaranya pemantauan berterusan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (SDO).
“Kerajaan Negeri juga berharap peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan dapat disalurkan ke dalam tabung amanah yang akan dipantau oleh Kerajaan Negeri.
“Cadangan ini bagi memastikan peruntukan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan di Sabah dapat dibelanjakan sepenuhnya dan tidak akan luput sekiranya tidak dapat dibelanjakan pada tahun semasa kerana isu pelaksanaan yang tidak dapat dielakkan,” tegasnya. Beliau berkata Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan keputusan Kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa mengurus projek pembangunan bernilai RM50 juta ke bawah kepada Kerajaan Negeri serta mengiktiraf Jabatan Kerja Raya Sabah dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah sebagai Jabatan Teknikal di bawah Arahan Perbendaharaan. (AP 182).
“Saya yakin keputusan ini bukan sahaja dapat mengurangkan kerumitan birokrasi tetapi juga mempercepat dan merancakkan pembangunan di Sabah, khususnya bagi memenuhi keperluan kemudahan dan infrastruktur asas, seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat negeri ini,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



