“Ramalan 100% tepat” – Ada ‘Kuasa Mistik’, Meerkat Dari Zoo Drusillas Park Ramal England Menang Euro 2024

14 Jul 2024 • 4:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekumpulan meerkat dari Zoo Drusillas Park yang didakwa mempunyai ‘kuasa mistik’ serta ‘bakat meramal masa depan’ menjangkakan kemenangan Euro 2024 bakal berpihak kepada England.

Difahamkan, tekaan oleh kumpulan meerkat berkenaan adalah 100 peratus tepat berdasarkan ramalan-ramalan mereka sebelum ini.

image is not available
Kumpulan meerkat dari zoo drusillas park meramalkan kemenangan perlawanan euro 2024 bakal berpihak kepada england.

Menurut laman sesawang Independent.co, meerkat tersebut akan diberikan dua baldi berisi kacang. Dalam setiap baldi, turut diletakkan benda dua pasukan bertanding.

“Kami akan letakkan dua baldi tersebut sebelah-menyebelah sebelum melepaskan meerkat. Baldi yang dipilih oleh kumpulan meerkat tersebut dikira sebagai pemenang.

“Setakat ini, kumpulan meerkat tersebut akan sentiasa pilih pasukan yang menang. Ramalan mereka sentiasa tepat,” jelas penjaga Zoo Drusillas Park.

Tambah penjaga zoo tersebut, peminat England tidak perlu risau mengenai perlawanan akhir kerana kemenangan sudah tentu akan berpihak kepada England.

image is not available
Penjaga zoo drusillas park bergambar bersama sekumpulan meerkat yang dikatakan mempunyai kebolehan meramal.

“Benar, Sepanyol adalah pasukan kegemaran ramai. Mungkin sebab itulah, pada awalnya kumpulan meerkat tersebut turut mengerumuni baldi yang tertera bendera Sepanyol.

“Kami percaya, perlawanan akhir nanti pasti akan membawa pelbagai kejutan. Apa yang pasti, akhirnya kumpulan meerkat tersebut memilih baldi kacang dengan bendera England. Jadi kami pasti kemenangan akan berpihak kepada pasukan tersebut,” jelasnya.

Kumpulan meerkat ini bukanlah satu-satunya haiwan yang pernah menjadi ‘peramal’ keputusan bola sepak.

Pernah popular satu ketika dahulu, sotong bernama Paul yang dikatakan dapat meramal keputusan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 dengan tepat.

Difahamkan, Paul bersara sebaik sahaja Piala Dunia 2010 berakhir.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article