Ramalan hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 9 malam

8 May 2024 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 8 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai angin kencang turut diramal melanda beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department