Ramanan yakin Ahli Parlimen kerajaan bersedia, komited untuk sesi perbahasan Titah Diraja

LocalPolitics
26 Feb 2024 • 10:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan (gambar) yakin barisan Ahli Parlimen Kerajaan telah bersedia sepenuhnya dan akan memberi komitmen yang tinggi untuk sesi perbahasan Titah Diraja yang bermula esok.

Beliau berkata titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen di sini hari ini, sarat dengan amanat dan harapan antaranya supaya Ahli-Ahli Parlimen dapat bersama-sama menjalankan kewajipan untuk kepentingan rakyat jelata.

“Baginda Tuanku turut menegaskan supaya barisan Ahli Parlimen dapat bersidang secara budiman dan menjadi teladan yang baik selain mematuhi peraturan Dewan Rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Terdahulu, pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, Sultan Ibrahim menzahirkan peringatan, nasihat serta pandangan dalam pelbagai topik antaranya tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat semasa persidangan, hutang negara serta kestabilan politik. -Bernama