Zahid: Titah Agong sarat dengan pesanan, harus dijadikan panduan oleh Ahli Parlimen

LocalPolitics
26 Feb 2024 • 6:04 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini sarat dengan pesanan untuk diamati, diperhalusi dan dijadikan panduan oleh semua Ahli Parlimen, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Insya-Allah, saya bersama-sama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan seluruh barisan Ahli Parlimen kerajaan telah bersedia sepenuhnya untuk sesi perbahasan Titah Diraja bermula esok dan akan memberikan komitmen yang tinggi pada sidang Parlimen kali ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, Sultan Ibrahim menzahirkan peringatan, nasihat serta pandangan dalam pelbagai topik antaranya tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat semasa persidangan, keperluan merangka dasar kukuh perpaduan negara, isu karenah birokrasi, hutang negara serta kestabilan politik.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi hantaran di Facebook merafak sembah keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke istiadat pembukaan Parlimen kali ini.

“Patik dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan,” katanya.

Ini merupakan istiadat pembukaan Parlimen pertama oleh Sultan Ibrahim sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved