Rambut Wanita Yang Telah Dipotong Masih Dikira Aurat – Mufti Wilayah Persekutuan

Entertainment
10 Jan 2024 • 3:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menutup aurat menjadi kewajipan buat semua penganut agama Islam, ia secara langsung dapat menjaga kehormatan seseorang Muslim.

Terbaru, sebuah perkongsian daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menyatakan rambut wanita yang telah dipotong juga masih dikira sebagai aurat.

Kenyataan itu diberikan oleh PMWP selepas ada pertanyaan daripada seorang individu yang bertanya bolehkah dia menyapu potongan rambut wanita dan adakah ia dikira sebagai memegang aurat wanita.

image is not available
Gambar hiasan

“Rambut wanita ajnabi adalah aurat sama ada yang masih bersambung dengan anggota mahupun yang terpotong.

Oleh itu, aurat bagi rambut wanita yang terpotong itu haram dipegang, ia juga wajib ditanam,” tulisnya.

Dalam kenyataan itu, menurut Sheikh Zainuddin al-Malibari, keseluruhan anggota wanita ajnabi yang haram dilihat, maka haram pula disentuh tanpa lapik kerana menyentuhnya lebih lazat.

“Oleh yang demikian, aurat yang boleh didedahkan walaupun wajah wanita tetap tidak boleh disentuh. Bahkan rambut yang terpotong juga dikira aurat yang tidak boleh disentuh oleh lelaki ajnabi,” tulisnya lagi.

Lepas ni kena lebih berjaga-jaga!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.