Ramen Jepun Authentic Di Plaza Merdeka, Anda Perlu Singgah Ke Shichimi Ramen

25 Jun 2023 • 6:03 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ramen lazat yang muslim friendly di Kuching.

Ramen Jepun Authentic Di Plaza Merdeka, Anda Perlu Singgah Ke Shichimi Ramen. Buat penggemar ramen di luar sana, kami ada berita baik untuk anda!

Di Plaza Merdeka, Kuching terdapat sebuah kedai ramen authentic muslim friendly untuk anda cuba.

image is not available
Ramen Jepun Authentic Di Plaza Merdeka, Anda Perlu Singgah Ke Shichimi Ramen. Kredit gambar: FB Kim CT Ngo

image is not available
Kredit gambar: FB Lydia Chong

Menu ramen yang anda perlu cuba

Menyediakan pelbagai jenis ramen enak menggunakan resepi istimewa khas dari Jepun, Shichimi Ramen adalah port makan yang sesuai untuk semua.

Antara ramen enak yang anda boleh cuba di sini adalah, Paitan Chicken Ramen, Hokkaido Butter Chicken Ramen, Signature Sichimi Spicy Ramen dan banyak lagi.

image is not available
Kredit gambar: FB Yuki Thian

image is not available
Kredit gambar: FB Kim CT Ngo

Menu lain seperti bento juga ada disediakan di sini

Selain daripada menu ramen yang lazat ini, mereka juga ada menyediakan menu lain seperti aneka jenis bento, sushi dan juga snek-snek ringan.

Menawarkan harga yang berpatutan dan tempat makan selesa, Shichimi Ramen ini memang sesuai untuk anda bawa keluarga serta rakan-rakan anda.

Terletak di Level 3 Food Court di Plaza Merdeka, anda perlu cuba makanan enak di sini!

Lagi port makan best di Kuching untuk anda: