
Kebakaran dapur di Plaza Merdeka, Kuching
Tindakan Pantas Pekerja Padam Kebakaran Dapur Di Plaza Merdeka. Tindakan pantas pekerja di sebuah gerai makanan di pusat beli-belah Plaza Merdeka telah berjaya memadamkan kebakaran di bahagian dapur gerai tersebut, hari ini.
Menurut sumber, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak menyatakan bahawa pihak merek telah menerima laporan pada pukul 11.02 pagi.

Bahkan, beliau turut berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran berlaku di bahagian dapur dan api telah berjaya dipadamkan menggunakan alat pemadam api oleh pekerja di bangunan tersebut dengan dibantu sistem sprinkler.
“Tiada operasi pemadaman dijalankan. Pasukan Bomba membuat pemantauan untuk mengesahkan tiada kebakaran serta menutup injap sprinkle,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Punca masih dalam siasatan
Sementara itu, Pasukan Bomba kemudian kembali ke balai selepas memastikan keadaan benar-benar selamat. Dipercayai tiada kecederaan atau kematian dilaporkan di tempat kejadian.
Dalam pada itu, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan lanjut dari pihak berkuasa.
