Ramlan Harun Dilantik Pengerusi SPR Baharu

LocalPolitics
26 Jun 2024 • 10:32 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan. 

Zuki memaklumkan pelantikan Ramlan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. 

Ramlan menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lalu selepas empat tahun mengetuai SPR.

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua setiausaha di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah., dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun.

Ramlan adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perancangan Perumahan dan Bangunan daripada Universiti Sains Malaysia dan Diploma Pentadbiran Awam di Institut Tadbir Awam Negara.

Beliau juga memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan memulakan perkhidmatan sebagai penolong pengarah di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).– Getaran, 26 Jun, 2024


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved