
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Ramlan Harun dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan.
Mohd Zuki berkata, pelantikan itu diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Iskandar.
“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Seri Ramlan Harun sebagai Pengerusi SPR.
“Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 26 Jun 2024,” katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post Ramlan Harun dilantik Pengerusi SPR baharu appeared first on Scoop.

