Ramos umum persaraan

24 Feb 2023 • 10:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ramos

SERGIO Ramos telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa selepas menikmati karier yang cemerlang bersama Sepanyol.

Ramos membuat penampilan sulung untuk La Roja pada 2005 dan mengumpul 180 penampilan untuk pasukan kebangsaannya sekali gus menjadi pemain Sepanyol yang paling banyak beraksi.

Bek tengah itu memainkan peranan penting ketika Sepanyol memenangi tiga kejohanan utama berturut-turut, menjulang trofi Euro pada 2008 dan 2012 dan membantu pasukan menjulang Piala Dunia di Afrika Selatan pada 2010.

Ramos, yang akan berusia 37 tahun bulan depan, kali terakhir bermain untuk Sepanyol pada Mac 2021 dan bukan sebahagian daripada skuad Luis Enrique untuk Euro 2020 atau Piala Dunia 2022 di Qatar.

Luis Enrique dipecat selepas penyingkiran itu, dengan penggantinya Luis de la Fuente berkata bahawa pintu tidak ditutup untuk Ramos kembali ke pasukan.

Tetapi, pemain Paris Saint Germain (PSG) itu yang sedang berdepan dengan masalah kecederaan sejak beberapa musim kebelakangan ini, telah memutuskan untuk bersara.

Ia menamatkan karier antarabangsa yang gemilang buatnya yang turut berada di kedudukan kesembilan dalam carta penjaring gol sepanjang zaman negaranya walaupun beraksi di posisi pertahanan dengan 23 gol.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved