Rampasan RM21.7 juta, 24 individu ditangkap

LocalPolitics
6 Nov 2025 • 4:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah menumpaskan kegiatan penyeludupan ayam beku dan aktiviti sabung ayam yang dianggarkan bernilai RM21.7 juta melalui Operasi Op Taring Chiller/Manuk di lapan daerah pada Selasa.

Komander Briged Sabah PGA Senior Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata operasi bersepadu itu dilaksanakan bersama beberapa agensi penguatkuasa lain antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari membabitkan Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Sandakan, Beluran, Keningau, Lahad Datu dan Semporna.

“Hasil pemeriksaan di 15 lokasi premis dan ladang membawa kepada tangkapan 24 individu berusia antara 18 hingga 61 tahun yang merupakan pekerja dan pemilik premis.

“Hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM21.7 juta melibatkan ayam beku dan ayam yang dipercayai digunakan untuk aktiviti sabung dan judi,” katanya di Ibu Pejabat Briged Sabah di Kinarut, pada Rabu.

Nor Omar berkata pihaknya percaya ayam sejuk beku yang dirampas kemungkinan berasal dari luar negara dan diragui status halal serta tahap kebersihannya.

“Perniagaan ini menguntungkan, sebab itu aktiviti seperti ini masih berterusan. Namun, pihak polis sentiasa konsisten membanteras kegiatan seumpamanya,” tegasnya.

Menurut beliau lagi, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 15(1) dan Seksyen 21(1)(i) Enakmen Haiwan 2015, Seksyen 13 Akta Makanan 1983 (Akta 281), Ordinan Perlesenan Perdagangan 1948, Undang-Undang Kecil 1981 serta Peraturan 38(1)(c) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Kesemua tangkapan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut,” katanya.