
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan satu sindiket penyelewengan minyak sawit mentah (CPO) dan membuat rampasan lebih RM2.3 juta selepas menyerbu sebuah gudang di sini, pada Jumaat.
Komander Polis Marin Wilayah Empat Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim, berkata serbuan itu dilakukan hasil maklumat risikan dan aduan awam di sebuah premis yang dipercayai dijadikan tempat penyimpanan serta pemindahan CPO, kira-kira jam 4 petang.
Dalam serbuan tersebut, polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua warga asing.
“Turut dirampas dua treler, enam tangki treler/IBC serta 33,040 liter CPO dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2,375,632.
“Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005,” katanya.



