
KUANTAN – Provokasi yang dilakukan terhadap operasi pencerobohan haram Ramsar Tasik Bera memasuk episod baharu apabila pihak tidak bertanggungjawab mula bermain isu 3R (raja, agama dan kaum).
Berdasarkan hantaran pada satu TikTok, jelas ia adalah fitnah dan berniat jahat.
Bagaimanapun ada juga netizen yang mempersoalkan tuduhan itu yang mana mereka meminta pemilik akaun tersebut mengeluarkan bukti berkenaan.
Selain itu juga hantaran TikTok itu juga amat melampau apabila meminta Orang Asli keluar daripada agama Islam.
Baru-baru ini Kosmo! melaporkan provokasi dilakukan berterusan terhadap penguatkuasaan termasuk kata-kata berunsur 3R.
Dalam video berdurasi satu minit 30 saat itu memamaparkan penguat kuasa yang melakukan penguatkuasaan hanya diam mendengar kata-kata provokasi termasuk seorang individu yang membuat perumpaan al-Quran serta seolah-olah melakonkan gaya memijak kitab suci berkenaan.
Selepas itu provokosi semakin agresif apabila seorang individu cedera akibat ditumbuk ketika berlaku kekecohan di kawasan penguatkuasaan Ramsar Tasik Bera.
Susulan kejadian itu empat individu ditahan polis untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Ramsar: Provokasi jahat mula dimainkan di media sosial appeared first on Kosmo Online.






