Empat ditahan susulan provokasi dan halangan penguatkuasaan Tasik Bera 

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 7:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Empat ditahan susulan provokasi dan halangan penguatkuasaan Tasik Bera 

BERA – Polis menahan empat individu bagi membantu siasatan susulan provokasi dan halangan yang dilakukan ke atas pihak penguat kuasa yang menjalankan tugas dalam operasi pencerobohan haram Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berumur 43 tahun bagi siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana disyaki menghalang penjawat awam ketika menjalankan tugas.

“Turut ditahan dua lelaki berumur 54 dan 57 tahun di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung kes ugutan jenayah terhadap pekerja sebuah syarikat di Kampung Kuala Serting.

“Seorang lagi lelaki berumur 46 tahun ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan kerana disyaki dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan khianat terhadap kenderaan milik syarikat yang sama,” katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan provokasi dilakukan berterusan terhadap penguatkuasaan pencerobohan haram di Tasik Bera bermula dengan membuat halangan dan kata-kata kepada penguat kuasa sehinggalah kekasaran fizikal menyebabkan seorang individu mengalami kecederaan.

Menurut Zulkifle, kesemua lelaki berkenaan ditahan susulan kejadian provokasi di Hutan Simpan Kekal (Ramsar) Tasik Bera pada Selasa lalu.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh pada Selasa lalu bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Setakat ini pihak polis masih sedang mengenal pasti beberapa lagi individu yang terlibat untuk membantu siasatan serta diambil tindakan yang sama.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan memberikan ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Empat ditahan susulan provokasi dan halangan penguatkuasaan Tasik Bera  appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved