Rancang momen istimewa buat wanita terhebat, ini idea itinerari menarik raikan Hari Ibu dalam masa satu hari

BeautyLifestyle
9 May 2025 • 9:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SETIAP

kali bulan Mei menjelma, pasti hati mula teringat pada satu sambutan yang cukup dekat di hati iaitu Hari Ibu.



Mungkin ada yang anggap ia sekadar tarikh simbolik dalam kalendar, tapi percayalah, inilah masa paling sesuai untuk kita membeli jiwa wanita yang sanggup berkorban apa saja sejak kita lahir ke dunia.



Kasih ibu bukan setakat ketika berhempas-pulas melahirkan anak. Dalam diam, insan mulia itu tanggung seribu satu kepenatan, berjaga malam waktu demam, bimbang tak tentu hala walaupun kita dah besar panjang.



image is not available



Jadi, tahun ini, apa kata kita sambut Hari Ibu dengan cara lebih bermakna? Bukan sekadar ucapan atau

video call

di WhatsApp, tapi satu hari khas hanya untuknya dengan penuh kejutan, memori dan cinta.



Nah! Ini dia itinerari menarik yang kalian boleh rancang untuk jadikan hari itu paling istimewa buat ratu hati kita:



image is not available



1. Kejutan bunga cantik

  • Mulakan Hari Ibu dengan kejutan jambangan bunga yang wangi dan memikat, sama ada tempah khas atau beli di kedai bunga, pasti buat ibu tersenyum manis.
  • Nak lebih eksklusif? Kalian boleh usha koleksi khas Jo Malone London X BloomThis yang tampil istimewa dengan gabungan bunga mewah dan haruman ikonik dari Britain.

image is not available

  • Pilihan seperti Jane Hydrangea & Peony atau Jolene Peony & Rose Flower Box memang cukup elegan.
  • Nak tambah wow factor? Tambahkan sekali haruman signatur seperti English Pear & Sweet Pea Cologne atau Peony & Blush Suede Cologne. Seleksi bauan segar dan feminin pasti buat ibu rasa dihargai.

image is not available



2. Hadiah kecantikan semula jadi

  • Ibu tetap seorang wanita dan tentunya mereka pasti gembira bila diberi sesuatu untuk manjakan diri.
  • Hadiahkan produk penjagaan diri semula jadi daripada Fresh Line, jenama dari Greece yang terkenal dengan sumber organik Mediterranean.

image is not available

  • Dengan lebih 90 peratus kandungan semula jadi, produk mereka sesuai untuk wajah, rambut dan badan. Lebih-lebih lagi jika ibu jenis yang suka natural dan kurang bahan kimia. Confirm si dia suka!

3. Minum petang penuh bergaya

  • Dah puas shopping dan jalan-jalan, apa kata rehat sebentar sambil menikmati hi-tea mewah di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

image is not available

  • Di Lounge On The Park, anda boleh nikmati set minum petang dengan kolaboratif eksklusif bersama Maison Francis Kurkdjian. Siap dapat set sampel haruman mini tau!

image is not available

  • Kalau ibu sukakan seafood, boleh berkunjung ke Mosaic untuk bufet makanan laut yang mewah dan menyelerakan.
  • Jika bertuah, ibu juga akan dapat sejambak bunga dan baucar rawatan manicure dan pedicure di The Spa.

4. Makan malam eksklusif

  • Sebelum pulang, bawalah ibu untuk menikmati hidangan makan malam di Benihana Malaysia di Suria KLCC. Jenama terkenal dunia itu kini sudah ada cawangan pertama di Malaysia!

image is not available

  • Nikmati pengalaman makan malam teppanyaki dengan aksi memasak secara langsung daripada cef profesional. Bukan saja sedap, tapi menghiburkan. Sesuai sangat untuk ibu yang sukakan kelainan.

image is not available



Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dirancang. Cuma apa yang paling penting, luangkan masa bersama kerana bagi seorang ibu, masa anak-anak itu lebih berharga daripada segalanya.



Akhir kata, daripada kami di

SinarPlus

. Ucapan Selamat Hari Ibu buat semua wanita hebat yang pernah berkorban seluruh hidup demi senyuman anak-anak.