
Apabila tiba musim cuti persekolahan, perkara pertama akan dilakukan adalah merancang percutian bersama keluarga tersayang. Baik dalam negera mahupun luar negara. Tetapi dengan keadaan ekonomi semasa sekarang yang agak mencabar serta harga barang yang semakin naik telah memberi kesan terhadap rakyat untuk berbelanja. Malah pembelian barang jugak mengikut keperluan sahaja.
Meskipun isu kenaikan harga barang semakin merumitkan kehidupan, kita sebagai rakyat perlulah membuat keputusan yang bijak dalam menentukan segala keperluan. Malah tidak menjadi masalah juga jika kita bijak merancang percutian mengikut bajet yang sesuai. Oh ye, di sini saya akan kongsikan beberapa tips untuk merancang percutian bajet anda.
Tips pertama anda perlu membuat tempahan tempat penginapan melalui online. Buat sedikit selidikan tentang hotel atau homestay mengikut bajet anda. Dari situ anda juga boleh membuat perbandingan harga mengikut kemampuan. Jika percutian anda melibatkan keluarga yang besar, anda boleh memilih homestay sebagai penginapan. Sebagai contoh, jika homestay yang dipilih berharga Rm750 untuk 3 hari 2 malam, anda bolehlah membuat perkongsian antara keluarga. Dari situ sudah boleh jimat perbelanjaan lain.
Homestay yang dipilih sudah tentu lah mempunyai kelengkapan sebuah rumah seperti dapur dan sebagainya. Jadi kenapa perlu menghabiskan wang untuk makan di kedai? Sebelum pergi bercuti, buat lah persediaan makanan atau barangan untuk memasak contohnya roti, biskut, minyak masak, beras, sardin, telur ayam, gula, garam, kunyit dan sebagainya. Ini kan sudah dapat menjimatkan kos percutian anda.
Percutian paling seronok apabila melakukan pelbagai aktiviti keluarga. Anda juga boleh dapatkan homestay yang tersedia kolam renang. Anak anak pasti suka dan gembira. Anda nak berBBQ pun takkan menjadi halangan kerana kolam sudah tersedia untuk anak anak mandi dan bersuka ria. Lebih menarik lagi jika homestay yang didiami tidak jauh dari kawasan pantai. Tinggal sekejap homestay, anda boleh pergi ke pantai dan lakukan aktiviti berkeluarga di persisiran pantai. Pasti akan lebih seronok lagi. Tidak perlu habiskan duit untuk melakukan aktiviti yang berbayar apabila pergi bercuti. Rancang berbelanjaan dengan bijak semasa bercuti pasti dapat menjimatkan poket anda.
@kakiwriting adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.

