
Projek Underpass ini dijangka siap pada tahun 2026
Rancangan Pembinaan Projek Underpass Darul Hana Jadi Bualan Netizen Sarawak. Baru-baru ini, gambar dan maklumat mengenai projek Underpass Darul Hana telah tular di Facebook, menarik perhatian ramai netizen.
Perkongsian yang menunjukkan reka bentuk dan butiran projek ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial, menggambarkan minat dan harapan tinggi masyarakat terhadap projek pembangunan ini.

Projek ini disambut baik netizen
Underpass Darul Hana akan dibina di Kuching, sebuah projek pembangunan ini, dijadualkan bermula pada 15 Julai 2024 dan dijangka siap pada 14 Julai 2026.
Projek ini dijangka akan memudahkan aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut, sekaligus meningkatkan kebolehcapaian ke pusat bandar dan kawasan sekitarnya.
Menurut papan tanda projek yang dipamerkan dalam gambar tular tersebut, pembinaan underpass ini akan dilaksanakan oleh beberapa syarikat tempatan.




