Rancangan TV Dikecam Beri Komen ‘Backhanded’ Tentang Erin Malek – “31 Tahun Tua Sangat Ke?”

LocalEntertainment
25 Aug 2025 • 2:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Satu hantaran di Threads menjadi perhatian ramai apabila seorang pengguna meluahkan rasa kurang senang dengan kenyataan rancangan TV mengenai pelakon Erin Malek.

Dalam rancangan tersebut, Erin dipuji kerana walaupun berusia 31 tahun, dia masih pandai menjaga penampilan diri.

Namun, bagi pengguna Threads ini, kenyataan itu seakan menyinggung perasaan. “Tibee aku bitter dengan statement pasal Erin Malek. Walaupun sudah berusia 31 tahun masih pandai jaga penampilan diri… hg egt umur 31 tu tua sangat kea wehh?” tulisnya.

image is not available

Rata-rata netizen lain turut bersetuju, menyifatkan usia 31 tahun bukanlah tua dan pandangan sebegitu boleh menimbulkan persepsi salah tentang umur seseorang. Malah, ramai berpendapat pujian terhadap Erin itu sepatutnya diterima secara positif tanpa menilai usia secara berlebihan.

Hantaran ini sekali lagi menunjukkan isu persepsi masyarakat terhadap umur dan penampilan selebriti masih menjadi topik hangat di media sosial.

image is not available 2025-08-20 14:18:07

“Saya Baru Perasan Sering Pegang Orang.." - Nazim Othman Perjelas Salah Faham