“Memang Tak Rasa Malu Ke? Tak Perlu Nak Meluc*h” – Promosi ‘Show’ Baru, Aksi ‘Spontan’ Kak KM Dikecam

EntertainmentLifestyle
1 Aug 2025 • 2:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, usahawan sensasi iaitu Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli muncul di dalam satu rancangan di stesen TV popular bagi mengulas isu-isu panas yang bernama Viral Isu Panas (VIP).

Dapat dilihat dalam video tersebut, Kak KM mempromosikan rancangan tersebut sambil melakukan gaya yang luar daripada jangkaan ramai.

Walaupun sekadar mempromosikan rancangan, dapat dilihat di platform Threads, sesetengah netizen berasa kurang senang melihat usahawan tersebut berkelakuan sedemikian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Netizen merasakan kelakuan merangkak sambil mempromosikan rancangan sangat tidak profesional serta beranggapan terlalu keterlaluan.

Bukan itu saja, malah netizen merasakan aksi yang dilakukan oleh Kak KM kelihatan lucah untuk dijadikan sebagai cara mempromosikan program.

image is not available

Rata-rata netizen yang melihat luahan individu tersebut bersetuju dengan pendapatnya dan merasakan ramai lagi usahawan lain yang lebih sesuai untuk dijemput berbanding Kak KM.

image is not available 2025-07-23 08:59:51

Anak Langgar Kontrak Syarikat Penerbangan, Kak KM Sanggup Bayar Penalti RM50K - “Tak Sanggup Tengok Dia Kerja Berat”