
KENINGAU: Kerajaan Negeri akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Perlembagaan berkaitan anti lompat parti pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, Kabinet Negeri bersetuju membawa perkara itu ke Dewan Undangan Negeri selepas Dewan Rakyat meluluskan pindaan perlembagaan yang menghalang wakil rakyat bertukar parti, baru-baru ini.
Beliau berkata, langkah itu selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk mewujudkan kestabilan politik di Sabah selepas berdepan situasi politik yang tidak menentu sejak sekian lama.

