Rangka bayi ditemui di laman rumah

25 Mar 2026 • 6:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rangka bayi ditemui ditanam di hadapan rumah di Kelemak.

ALOR GAJAH - Dalam keghairahan umat Islam merayakan Aidilfitri digemparkan kes penemuan rangka bayi dipercayai ditanam di hadapan rumah di Kelemak di sini pada Rabu.

Saksi kejadian memaklumkan, dia yang bertandang ke rumah kakak di taman perumahan sama dikejutkan dengan kehadiran pasukan forensik di lokasi kejadian.

Menurutnya, pada mulanya dia menyangka kehadiran pasukan polis sekitar jam 9 pagi itu hanyalah kes biasa, namun rupa-rupanya berkaitan kes tragis itu.

“Terkejut bila jiran beritahu polis jumpa rangka bayi ditanam kira-kira empat bulan lepas sebaik dilahirkan.

“Kawasan ini sunyi dan tiada apa-apa kes jenayah besar berlaku dan tak sangka berlaku kejadian tersebut di sini,” katanya pada Rabu.

Katanya, lokasi kejadian terletak berdepan dengan unit kosong dan anggota polis dilihat menggali tanah di laman rumah berkenaan menggunakan cangkul bagi mencari bahan bukti.

Ujarnya, pasukan forensik kemudian beredar meninggalkan lokasi sekitar jam 12.30 tengah hari.

Maklumat awal diterima memaklumkan rangka bayi itu dipercayai dilahirkan sekitar empat bulan lalu sebelum suspek menanam mayat itu di hadapan rumah ibunya di Kelemak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Melaka, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan kejadian bayi ditanam didepan rumah dan suspek akan direman pada Khamis

Ujanya, kes disiasat bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.