Rangka bayi depan rumah: Empat sekeluarga, teman lelaki suspek ditahan

LocalPolitics
25 Mar 2026 • 11:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penemuan rangka bayi yang dipercayai ditanam depan rumah.
image is not available
Lokasi kejadian terletak berdepan dengan unit kosong dan anggota polis dilihat menggali tanah di laman rumah berkenaan menggunakan cangkul bagi mencari bahan bukti.
image is not available
Sinar Harian melaporkan penemuan rangka bayi yang dipercayai ditanam depan rumah.

ALOR GAJAH - [DIKEMAS KINI] Empat sekeluarga termasuk seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang juga ibu kepada bayi yang rangkanya ditemukan ditanam di depan rumah di Kelemak telah ditahan polis dan dijangka direman pada Khamis di Mahkamah Alor Gajah.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan penemuan rangka bayi yang dipercayai ditanam depan rumah. 

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, selain ibu bayi berkenaan, turut direman ialah teman lelaki suspek, ibu, kakak serta adik lelaki suspek.

Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 16 hingga 40 tahun.

**media[3472357]**

“Suspek terdiri daripada remaja perempuan berusia 19 tahun (ibu bayi), teman lelakinya, ibu suspek, kakak suspek serta adik lelaki berusia 16 tahun,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu saksi kejadian memaklumkan, dia yang bertandang ke rumah kakak di taman perumahan sama dikejutkan dengan kehadiran pasukan forensik di lokasi kejadian.

Pada mulanya dia menyangka kehadiran pasukan polis sekitar jam 9 pagi itu hanyalah kes biasa, namun rupa-rupanya berkaitan kes tragis itu.

**media[3472356]**

Lokasi kejadian terletak berdepan dengan unit kosong dan anggota polis dilihat menggali tanah di laman rumah berkenaan menggunakan cangkul bagi mencari bahan bukti.

Pasukan forensik kemudian beredar meninggalkan lokasi sekitar jam 12.30 tengah hari.