
Kota Kinabalu: Rangka kerja yang dicadangkan bagi mekanisme pembayaran balik 40 peratus daripada hasil Persekutuan di Sabah akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Presiden Upko Datuk Ewon Benedick berkata cadangan itu mempertimbangkan isu teknikal berkaitan ketersediaan data kutipan hasil Persekutuan di Sabah sejak 1974 dan langkah ke hadapan yang lebih praktikal.
“Sebagai ahli Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 (JTMTPMA63), saya mengambil inisiatif mengadakan perbincangan meja bulat dengan pemimpin Sabah yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing bagi membincangkan rangka kerja mekanisme yang boleh dikemukakan kepada kerajaan untuk pelaksanaan pembayaran balik 40 peratus daripada hasil Persekutuan di Sabah.
“Saya akan mengemukakan rangka kerja mekanisme yang dicadangkan kepada kerajaan melalui perbincangan dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri II dan Ketua Menteri Sabah sebelum mesyuarat MTPMA63 dan JKMTPMA63 diadakan awal tahun depan.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Saya juga mencadangkan agar satu pra majlis yang melibatkan ahli mesyuarat dari Sabah diadakan lebih awal supaya kita dapat membentangkan naratif yang sama.
“Lagipun, kita mahu sebarang bayaran khas kepada Sabah adalah berdasarkan formula 40 peratus seperti dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada perbincangan meja bulat, di sini, Selasa.
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi berkata rangka kerja yang dicadangkan itu perlu dibentangkan dan dibincangkan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah selaras dengan keputusan kerajaan menetapkan satu tahun mulai Julai 2023 untuk memuktamadkan mekanisme pembayaran.
Turut hadir ialah bekas Ketua Menteri Tan Sri Bernard Dompok, wakil Sabah di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Petrus Gimbad, bekas Presiden Persatuan Undang-undang Sabah Datuk Roger Chin dan Datuk John Sikayun, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah Prof Datuk Dr Ramzah Dambul dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Bumburing.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


