Rangka Manusia Dijumpai Dalam Kereta Terbiar Di Asrama Polis 

13 Mar 2025 • 9:34 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Rangka Manusia Dijumpai Dalam Kereta Terbiar Di Asrama Polis

Indonesia — Satu rangka manusia telah ditemukan di dalam sebuah kereta yang diparkir di sebuah asrama polis di Gresik, wilayah Jawa Timur pada Isnin lalu, lapor Kompas.

Difahamkan, ia ditemukan oleh seorang anggota polis kira-kira jam 1.50 tengah hari (waktu tempatan) selepas beliau melakukan pemeriksaan ke atas kereta tersebut.

Pasukan Bidang Perubatan dan Kesihatan Polis Wilayah Jawa Timur dilapor tiba di lokasi kejadian untuk mengenal pasti rangka manusia tersebut pada Selasa.

Ketua polis tempatan, Suwito Saputro berkata, arahan untuk membuka kereta itu diberikan oleh seorang pegawai kanan yang sudah berpindah ke lokasi lain.

Pihak berkuasa sedang menyiasat identiti rangka manusia

Apabila dibuka, anggota polis itu menemukan rangka manusia di tempat duduk kiri bahagian depan kereta sebelum dia membuat laporan berhubung penemuan tersebut.

Tulang itu kemudiannya dikumpulkan satu persatu, malah beberapa bukti, termasuk kain sarung yang berada di dalam kereta itu turut diambil untuk disiasat.

Jelas Suwito lagi, kereta terbabit telah diletakkan selama lima tahun di asrama polis dalam keadaan kosong dan tidak berpenghuni.

Sehubungan itu, pihak berkuasa kini sedang menyiasat identiti dan menunggu hasil pemeriksaan lanjut daripada jabatan forensik.

Sumber: Kompas