
Kota Kinabalu: Sabah telah mewujudkan Rangka Tindakan Pertanian Sabah (2021-2030) selari dengan Dasar Pertanian Negeri Sabah Ketiga (DPNS3, 2017-2026) bagi memastikan bekalan makanan terjamin.
Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkata, pelaksanaan rangka tindakan pertanian adalah berdasarkan empat prinsip utama iaitu pengeluaran, inovasi, kelestarian dan pembangunan modal insan.
“Kekuatan sesebuah negara boleh dinilai berdasarkan kemampuannya menghasilkan sumber makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat.

