Tidak ramai mohon lesen buru buaya: Jabatan Hidupan Liar Sabah

9 Dec 2022 • 4:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Setakat ini, tahun ini, kira-kira 20 ekor buaya sudah ditangkap dan ditembak oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah susulan serangan terhadap manusia yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini.

Pengarah JHL, Augustine Tuuga berkata, tindakan ini juga susulan laporan awam berhubung beberapa kejadian yang dilaporkan antaranya Kinabatangan dan Sandakan.

Bagi kes terbaru di Lahad Datu, JHL telah mengambil langkah tersebut demi keselamatan orang ramai.