Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan rangkumi pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang - PM

LocalPolitics
12 Feb 2025 • 8:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 1 Tahun 2025 selepas pembentangan kepada Kementerian Ekonomi pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan perlu merangkumi pelan tindakan jangka pendek, sederhana serta panjang dan perlu dilaksanakan merentasi setiap kementerian dan agensi yang berkaitan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, perkara itu diputuskan sewaktu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 1 Tahun 2025 selepas pembentangan kepada Kementerian Ekonomi pada Rabu.

"Mesyuarat juga telah diberi taklimat terkait prospek, cabaran dan keutamaan ekonomi oleh Bank Negara Malaysia.

"Natijahnya, penyelarasan dasar kerajaan dalam mewujudkan keadaan ekonomi yang positif adalah amat penting termasuklah ikhtiar pembaharuan struktur, demi mewujudkan ketahanan ekonomi negara," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook. - Bernama