Yes, syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia dengan sokongan rangkaian 5G baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah menambahkan lebih dari 50 lokasi dengan sokongan rangkaian internet mudah-alih pantas tersebut di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Perak.
Yes memperlihatkan 15 lokasi baru di Kuala Lumpur, 28 lokasi di Johor, 10 lokasi di Selangor dan juga di Ipoh, yang merupakan lokasi pertama yang menerima rangkaian 5G di luar Lembah Klang dan juga Johor.
Our 5G network has expanded! Which areas would you like to have 5G coverage next? Comment below!
Register today on https://t.co/DjQ99XNgX4 or at our Yes stores. T&Cs apply. Get it now: https://t.co/G0u2Gp00zp#Yes5G #Yes5GForAll #YesInfinite #YesInfinitePlus pic.twitter.com/7ICzAsCs8j
Malaysia sebelum ini dilihat hadir dengan salah satu daripada rangkaian 5G terpantas di dunia, mengatasi negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Jepun dan sebagainya dari segi kelajuan muat-turun dan muat-naik data.

