Rangkaian MP Asean diguna bantu mangsa pemerdagangan

LocalPolitics
16 Mar 2025 • 9:36 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: R Gonzales

Tuaran: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau akan menggunakan rangkaian Ahli Parlimen Asean untuk Hak Asasi Manusia (APHR) bagi membantu keluarga mangsa di Kampung Bukit Giling, Tamparuli di sini, yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang di Myanmar.

Madius berkata itu tindakannya di peringkat parlimen, selepas mengiringi keluarga mangsa membuat laporan polis di sini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga ahli APHR berkenaan akan menghubungi ahli parlimen dari negara berkaitan untuk memaklumkan perkara terbabit.

“Di peringkat saya, selaku Ahli Parlimen Tuaran, saya akan gunakan rangkaian APHR seperti di Thailand, Myanmar, Cambodia dan sebagainya.