Rangkul AJL-38, Netizen ‘Throwback’ Amir Jahari Pernah Dapat Komen ‘Pedas’ Ketika Di AF

Entertainment
6 Mar 2024 • 3:39 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38) dengan lagunya yang berjudul Hasrat, nama Amir Jahari menjadi sebutan para netizen dan ramai juga yang sudah mula throwback video Amir ketika di awal karier seninya.

Terbaru, satu video ketika Amir Jahari merupakan salah seorang peserta Akademi Fantasia (AF) membuatkan ramai yang sebak.

Dalam video itu, Amir diberikan kritikan hebat daripada juri ketika itu yang merupakan pelakon serta penyanyi senior Fauziah Ahmad Daud, Norman KRU dan Hattan.

Difahamkan, ianya merupakan AF musim ke-9 dan pada ketika itu, dia merupakan salah seorang peserta yang digugurkan.

“Daripada konsert pertama awak tak tau nak buat lagu Bruno Mars, this week pun macam tu, lemah, lemah, lemah. You dont have anything to offer,” kata Fauziah Ahmad Daud.

Dalam masa yang sama, Norman juga memberi komen tiada satu pun pujian yang boleh diberikan kepada Amir pada ketika itu.

“Saya cuba nak cari jalan, nak cari cara macam mana nak puji awak tapi takde benda saya boleh bagi.

Saya tak faham langsung persembahan awak ni,” kata Norman pula.

Pun begitu, rata-rata memuji komen yang diberikan oleh Hattan di mana pelantun lagu Rendang Tak Berbuah itu berkata Amir bukan untuk AF sebaliknya untuk sesuatu yang lebih ‘besar’.

“Awak busker kan? Pendapat saya, ikhlas, saya rasa awak takde jiwa dekat AF bukan awak tak minat nyanyi, cuma awak folk singer.

Saya rasa AF bukan tempat Amir, tapi saya suka sangat tone awak. Sebenarnya kalau Amir busking, awak travel all over the world awak last longer dari AF punya student,” kata Hattan.

image is not available

Memang selayaknya Amir menang AJL!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.